Hibah adalah satu perancangan pengagihan atau pemberian harta yang digalakkan di dalam Islam bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara-mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.
Terdapat 4 rukun yang wajib ada sebelum melakukan perancangan hibah:
1. Pemberi hibah (al-wahib) – Seorang yang waras, matang dan mempunyai kuasa penuh atas hartanya
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu) – Mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta
3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub) – Harta yang halal, wujud dan mampu diserahkan kepada penerima hibah
4. Lafaz ijab dan kabul (sighah) – Lafaz atau perbuatan yang bermaksud pemberian dan penerimaan hibah
FWD Takaful menawarkan perlindungan untuk masa depan orang yang anda sayangi tanpa prosedur pewarisan yang rumit di dalam setiap produk kami melalui hibah manfaat takaful. Hubungi ejen kami untuk keterangan lanjut.