FWD affiliate
5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Hibah Manfaat Takaful

Hibah manfaat takaful adalah hibah bersyarat di mana waris akan mendapat pampasan apabila orang dilindungi meninggal dunia. Ia merupakan aset mudah cair yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti melangsaikan hutang si mati, menyara anak-anak yang masih kecil, atau suri rumah yang tidak bekerja. Berikut disenaraikan 5 sebab kenapa kita perlu mengambil hibah manfaat takaful:

  1. Penggantian Pendapatan jika berlaku kematian pada pewaris. Dengan hibah takaful, sumbangan RM80* membolehkan kita mendapat manfaat perlindungan sehingga RM200,000 untuk mengurangkan beban kewangan waris kita. *Nilai sumbangan bergantung kepada umur, keadaan kesihatan, dan produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful.
  2. Penyelesaian Hutang – Apabila seseorang meninggal dunia, segala hutang perlu dijelaskan oleh waris. Dengan hibah takaful, waris dapat menggunakan sumber tersebut untuk menjelaskan hutang si mati.
  3. Penerima Mutlak – Hibah adalah hadiah kepada waris atau orang tersayang. Penerima hibah adalah pemilik mutlak hibah tersebut tanpa sebarang pertikaian.
  4. Tiada Kos Pengurusan – Waris tidak perlu mengupah peguam atau pihak ketiga untuk menguruskan hibah. Nilai hibah tersebut juga akan diberikan seratus peratus kepada penerima.
  5. Tuntutan Pantas – proses tuntutan boleh dibuat sepantas sebulan sahaja.

FWD Takaful menawarkan perlindungan untuk masa depan orang yang anda sayangi tanpa prosedur pewarisan yang rumit di dalam setiap produk kami. Hubungi ejen kami untuk keterangan lanjut.