FWD affiliate
Cetek ilmu pewarisan harta punca perbalahan

Kita sering mendengar dengan pelbagai kisah perbalahan keluarga merebut harta peninggalan, tuntutan harta sepencarian, dan pelbagai kisah lagi yang melibatkan perebutan harta. Pernahkah anda terfikir mengapa ia terjadi?

Masih ramai masyarakat yang kurang memahami ilmu pewarisan harta disebabkan oleh sikap mereka yang merasakan pengurusan harta tidak begitu penting dan sesuatu yang remeh. Mengikut laporan AmanahRaya, sebanyak RM418 juta wang yang masih belum dituntut setakat tahun 2020, dan hampir 90 peratus daripada jumlah umat Islam di Malaysia masih belum membuat perancangan harta untuk kematian.

Pengurusan harta pusaka merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan harta ditadbir dengan baik selepas seseorang itu me­ninggal. Ia membolehkan segala perkara khususnya melibatkan hutang yang ditinggalkan dapat diselesaikan selain kebajikan anak-anak terjamin.

FWD Takaful menawarkan perlindungan untuk masa depan orang yang anda sayangi tanpa prosedur pewarisan yang rumit bagi setiap produk kami. Hubungi ejen kami untuk keterangan lanjut.