FWD affiliate
Hibah atau Faraid, pilihan mana yang lebih baik?

Pengurusan harta merupakan perkara yang sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat. Ramai yang masih kurang didedahkan dengan ilmu perancangan harta, malah ada beranggapan ia kurang penting kerana ia boleh diselesaikan melalui faraid. Walaubagaimanapun, terdapat instrumen lain dalam merancang pembahagian harta di dalam Islam, iaitu hibah.

Mari ketahui perbezaan antara Faraid dan Hibah. Anda nilaikan yang mana lebih baik.

Penerima:

• Faraid – Hanya waris-waris si mati layak menerima harta pusaka

• Hibah – Boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dikehendaki

Jumlah pembahagian harta:

• Faraid – Ditentukan oleh hukum syarak

• Hibah – Tiada had

Proses pemberian:

• Faraid – Pembahagian harta selepas kematian setelah baki harta yang ditinggalkan ditolak kos pengurusan jenazah serta hutang-piutang si mati

• Hibah – Pembahagian harta sebelum berlaku kematian

Pembahagian harta melalui hibah dapat mengelakkan pertelingkahan di kalangan waris. FWD Takaful menawarkan perlindungan untuk masa depan orang yang anda sayangi tanpa prosedur pewarisan yang rumit di dalam setiap produk kami, melalui hibah. Hubungi ejen kami untuk keterangan lanjut.