Isu kehilangan punca pendapatan di Malaysia sudah tidak asing lagi sejak negara dilanda pandemik COVID-19 tahun lalu. Penggantungan operasi kebanyakan syarikat untuk jangka masa yang lama dan kerap telah menyumbang kepada kehilangan pendapatan oleh majikan.
Berdasarkan maklumat dari Perkeso setakat Februari lalu, seramai 1,930 individu kehilangan perkerjaan akibat penutupan perniagaan majikan mereka, 1,933 akibat pengurangan tenaga kerja, 1,089 dari masalah kewangan majikan, dan 987 dari penamatan kontrak. Selain itu, sebanyak 1,749 individu ditawarkan skim perberhentian kerja secara sukarela.
Kehilangan kerja memberi impak yang besar kepada setiap individu. Ia bukan sahaja menganggu kelangsungan hidup mereka, malah juga menjejaskan emosi yang mampu memudaratkan kesihatan mereka.
Jika anda diantara mereka yang terkesan daripada kehilangan perkerjaan, FWD Takaful ada jawapannya. Sertai program Affiliates dan jana pendapatan dimana-mana sahaja, pada setiap masa dengan memanfaatkan kuasa media sosial anda! Hubungi ejen anda untuk keterangan lanjut, dan mula jana pendapatan!