Perlindungan Perubatan Takaful memberikan perlindungan terhadap kos rawatan perubatan akibat sesuatu penyakit atau kemalangan. Namun, hakikatnya masih ramai yang tidak mengambil endah tentang perlindungan takaful perubatan mahupun kepentingannya.
Beberapa kepentingan pelindungan takaful perubatan yang tidak harus diabaikan:
1. Kos perubatan yang terus meningkat – Inflasi kos perubatan di negara ini meningkat pada kadar purata 10% setiap tahun. Simpanan yang ada terutamanya daripada golongan rendah dan pertengahan tidak akan dapat menampung perbelanjaan rawatan yang dijangka mencecah ratusan ribu malah jutaan ringgit menjelang tahun 2035.
2. Risiko kemalangan dan penyakit yang tidak dapat dielakkan – Sering kita mendapat berita tentang rakan, kenalan, malahan keluarga yang tidak bernasib baik mengalami kemalangan atau menghidap penyakit secara tidak diduga, walaupun masih berusia muda.
3. Jangka hayat penduduk yang semakin meningkat – daripada 72.1 tahun pada 2010 ke 74.8 tahun pada 2017, dan ini dijangka akan bertambah pada tahun akan datang. Jangka hayat yang panjang dan tahap kesihatan yang mula merosot di usia tua bererti keperluan rawatan perubatan dan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan yang lebih panjang tempohnya.
4. Tempoh menunggu di hospital kerajaan – Sudah banyak kali kita mendengar keluhan pesakit di mana mereka perlu menunggu selama berbulan-bulan untuk menjalani pembedahan. Menurut kajian, 26% daripada responden mengatakan mereka telah meninggalkan niat untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di dalam tahun 2017 kerana tempoh menunggu yang lama.
Ramai yang masih berlengah dari mendapatkan perlindungan takaful perubatan dan ada juga yang sedari keperluannya tetapi tidak meletakkannya sebagai kepentingan utama, dengan alasan tiada masa untuk mencari ejen dan sebagainya. Usah berlengah lagi kerana malang tidak berbau. Hubungi ejen kami segera supaya kami dapat membantu anda.