FWD affiliate
Perkara Yang Afdhal dilakukan semasa bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang penuh dengan kelebihan bagi umat Islam kerana terhimpun beberapa ibadah yang besar iaitu puasa, sedekah dan Haji pada satu masa yang sama.

Berikut adalah perkara yang afdhal dilakukan semasa bulan Zulhijjah:

  1. Puasa – Allah menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah puasa. Oleh itu menjadi satu sunnah Rasulullah berpuasa pada sepuluh hari terawal Bulan Zulhijjah.
  2. Takbir, Tahlil dan Tahmid – Memuji Allah pada bulan yang dicintai Allah adalah satu amalan yang sangat baik. Segala bentuk amalan yang mengingatkan kita kepada Allah merupakan satu amalan yang sangat dituntut seperti memperbanyakan takbir, tahlil dan tahmid.
  3. Korban – ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah. Ganjaran pahala yang besar dijanjikan bagi mereka yang melaksanakannya.
  4. Ibadah Haji – Melakukan ibadah Haji menjanjikan keampunan dosa-dosa silam. Jika ibadah tersebut dilakukan dengan sempurna, maka diri orang yang melakukannya akan sebersih kain putih yang belum penah tercemar.

Disamping kita mengerjakan ibadah diatas, kita juga wajib memperbaiki semua amalan fardu yang dituntut untuk kita laksanakan. Mudah-mudahan dengan hadirnya bulan Zulhijjah pada kali ini akan dapat mengubah kita menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

FWD Takaful menawarkan pelan yang memberi pelbagai manfaat bagi Haji dan Umrah anda seperti elaun setinggi RM10,000, serta perlindungan kematian dan hilang upaya keseluruhan kekal semasa melakukan ibadah tersebut. Hubungi ejen kami untuk maklumat lanjut.